Tuesday, July 27, 2010

Ferry - Kota Samarahan




Rasanya sudah lama tidak melihat Ferry sebegini..Ingat masa zaman kanak2..masih ku ingat lagi..waktu mengikut jiran sebelah rumah (makcik som & pakcik kahar) ikut mereka pulang ke kg di Tanjong Malim..masa tu aku masih ingat lagi..berderetan kenderaan beratur menunggu giliran masing2 untuk masuk ke feri menuju keseberang..lebih kurang 20 tahun lalu...

tapi yg menariknya..sewaktu aku ke Kota Samarahan...masih ada lagi perkhidmatan feru sebegini..alangkah girangnya hatiku..teringat kisah dulu2.

...aku harap perkhidmatan feri sebegini dapat di teruskan walaupun zaman semakin berubah..bukannya apa..mudah bagi singkatkan perjalanan walaupun ia pengangkutan lama.semoga ank2 zaman sekarang dapat melihat cara pengangkutan sewaktu belum membangun..

Ziarah - 14 Sya'ban=250710



Seawal pagi selepas sarapan aku dan suami mengunjungi rumah baru Mak Normah..tidak jauh dari rumah Awi..hanya barisan belakang rumahnya sahaja.

Mak Normah mengajak aku dan suami melihat2 rumah baru yang dibeli oleh anaknya..sungguh cantik hiasan dalam rumah tersebut..selesai melihat2 keadaan dalam dan luar rumah..kami pun pulang berjalan kaki ke rumah Awi dan tak lama beberapa minit Kak Nuni aka Datin datang menjemput kami untuk menemaninya menziarahi pusara adiknya Allahyarhamah Fadini Bt Hussin...

Hanya Kak Nuni dan suamiku sahaja yg duduk dipusara menghadiahkan bacaan Yassin serta Alfatihah sedangkan aku di nasihatkan kakak Nuni agar duduk di pagar saja..Faham2 sahaja waktu tu aku uzur....

Selesai sudah kami terus singgah kerumah Hj Ramli sementara menunggu Helmi balik dari sekolah jam 1 tengahari..Selepas Helmi pulang sekolah..tak berapa lama selepas itu..setelah habis kopi secangkir kami pun "mupok"..setelah bersalaman kami pun pulang..

Ini kali kedua aku menziarahi pusara Allahyarhamah..kali pertama dahulu..dapat juga aku menziarahi sewaktu beliau terlantar sakit.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...Amin..Amin...Yarabbal..Aalaminn..

Friday, July 23, 2010

Album Religi Afgan - PadaMU Ku Bersujud With Lyric

Padamu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah


Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Afgan - Pada Mu Ku Bersujud ( Offical Video )

Tuesday, July 20, 2010

Fadilat di Bulan Sya'ban


Fadhilat Syaaban


Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Wednesday, July 14, 2010

Bubur Kacang Durian




Bahan-bahan ( 1 family )

• 1 cawan kacang hijau (direbus empuk)
• 10-12 ulas durian
• 1 1/2 cawan santan pekat
• 1/2 cawan gula pasir
• 1 1/2 cawan air
• 2 helai daun pandan
• Sedikit garam

Cara-cara


1. Campurkan semua bahan2 kecuali durian. Kacau di atas api yg perlahan sehingga hampir mendidih.


2. Masukkan durian dan kacau lagi sehingga mendidih (Biasanya saya masukkan dengan bijinya sekali). Siap untuk di hidang.


3. Nota: 1) Jangan berhenti kacau mengacau kuahnya untuk mengelakkan santan pecah @ meruap. 2) Tahap kemanisannya mengikut citarasa sendiri.