Monday, July 12, 2010

Hotel Arif - Kucing

Arif Hotel, Terletak di Jln Haji Taha.Berhampiran dengan Masjid bahagian Kuching yang terletak di atas bukit.Kemudahan pengangkutan awam terdapat di sekitar hotel,perhentian bas untuk ke tempat tempat peranginan seperti ke Damai Puri,Kampung budaya,Taman Negara Bako .Lokasi stesen bas dan kenderaan awan tidak jauh dari hotel(sekiranya pengunjung tidak datang dengan kenderaan sendiri).Bas dan van sewa terdapat di hadapan bangunan electra house yang hanya jika berjalan mengambil masa tidak lebih 5 minit.Namun jika pengunjung datang ke sini dengan kenderaan sendiri,ruang letak kenderaan seperti untuk kereta amat terhad bahkan untuk jumlah motorsikal yang banyak pun menjadi masalah oleh kerana ruang meletak kenderaan yang terhad. Untuk ke pasar satok,anda hanya memerlukan kira kira 5 minit untuk berjalan kaki.Begitu juga untuk ke waterfront Kuching,sekadar sebatang atau dua batang rokok.Terdapat 4 workshop motorsikal berhampiran hotel termasuk sebuah yang mempunyai kemudahan untuk menyelenggara motorsikal berkuasa tinggi (iaitu Yong Motor) workshop lain semuanya workshop motor biasa iaitu..

Nak cari hotel ni memang tak susah,,anda perlu ingat keyword ini atau Tanya orang mana lokasi tempat ini :-
1.Jalan Haji Taha
2.Masjid Bahagian Kuching
3.Raja Ayam penyet
4.Brooke dockyard
Makanan tidak susah untuk diperolehi kerana terdapat gerai gerai makanan Islam berhampiran hotel.(kat bawah hotel)Terdapat juga warung yang menjual ayam penyet yang menjadi faveret Don Leong dan syam mb di sini..sedapp tuuu…..Dan kalau malam hari anda bolehlah ke Benteng di Satok,banyak warung menyediakan pelbagai jenis makanan,warung di situ ada yang buka sehingga jam 2 pagi.Tak jauh dari hotel juga si sepanjang jalan haji taha terdapat beberapa restoran
1.Liza Gourmet (Buka siang sehingga jam 2.00 pagi)
2.Ramai Café (Buka siang sahaja)
3.Family Café (24 jam kecuali hari ahad)
4.Jantayu ( Konsep kedai makanan segera)
5.Satay Ceko (Buka sehingga jam 10 malam :ada ayam penyet juga)

Tel: 241211 Fax: 241212. Room rate RM 70, RM 90 (family room).