Tuesday, July 27, 2010

Ziarah - 14 Sya'ban=250710



Seawal pagi selepas sarapan aku dan suami mengunjungi rumah baru Mak Normah..tidak jauh dari rumah Awi..hanya barisan belakang rumahnya sahaja.

Mak Normah mengajak aku dan suami melihat2 rumah baru yang dibeli oleh anaknya..sungguh cantik hiasan dalam rumah tersebut..selesai melihat2 keadaan dalam dan luar rumah..kami pun pulang berjalan kaki ke rumah Awi dan tak lama beberapa minit Kak Nuni aka Datin datang menjemput kami untuk menemaninya menziarahi pusara adiknya Allahyarhamah Fadini Bt Hussin...

Hanya Kak Nuni dan suamiku sahaja yg duduk dipusara menghadiahkan bacaan Yassin serta Alfatihah sedangkan aku di nasihatkan kakak Nuni agar duduk di pagar saja..Faham2 sahaja waktu tu aku uzur....

Selesai sudah kami terus singgah kerumah Hj Ramli sementara menunggu Helmi balik dari sekolah jam 1 tengahari..Selepas Helmi pulang sekolah..tak berapa lama selepas itu..setelah habis kopi secangkir kami pun "mupok"..setelah bersalaman kami pun pulang..

Ini kali kedua aku menziarahi pusara Allahyarhamah..kali pertama dahulu..dapat juga aku menziarahi sewaktu beliau terlantar sakit.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...Amin..Amin...Yarabbal..Aalaminn..